Himpunan Entri
Sebelum ini, FIFA telah mengesahkan yang mana kejohanan Piala Dunia 2022 akan diadakan di benua Asia. Ini sekaligus membuka ruangan untuk Indonesia menjadi antara yang pertama daripada Asia Tenggara untuk membida untuk mengacarakan acara berprestij itu di tanah-air mereka. Namun begitu, kini mereka menghadapi masalah, kerana masih lagi belum menerima sokongan rasmi daripada pihak kerajaan Indonesia.
Surat sokongan untuk pembidaan ini adalah amat penting, dan tanpa surat sokongan tersebut, Indonesia tidak layak untuk membida acara tersebut. Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) telah melahirkan kekecewaan mereka, selain berharap agar mendapat sokongan kerajaan, kerana jika tidak, mereka perlu menunggu sehingga 20 tahun lagi untuk membida menjadi lokasi acara tersebut. Australia juga ingin menjadi rakan lokasi bersama Indonesia untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2022 kelak ini.
Buat masa ini, beberapa negara yang telah melahirkan hasrat untuk menjadi hos adalah Jepun, Qatar, Russia, Korea selatan, Amerika Syarikat, England, Sepanyol-Portugal, dan juga Belgium-Belanda. Keputusan pembidaan ini akan ditentukan oleh FIFA pada penghujung tahun ini.
Umum mungkin sudah ketahui akan spekulasi-spekulasi yang dikaitkan dengan Michael Owen, dimana penyerang Manchester United ini dikatakan bakal meninggalkan kelab tersebut. Ura-ura terkini mengaitkan Michael Owen bakal berpindah ke kelab Aston Villa, dan menambah lagi kepada spekulasi yang sedia ada.
Hari ini merupakan hari terakhir perpindahan para pemain, dan berkemungkinan besar, Aston Villa akan menerima penyerang Manchester United ini. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada kedua-dua pihak buat masa ini. Sebelum ini, Sir Alex Ferguson mengantikan Dimitar Berbatov sebagai ganti kepada Michael Owen ketika Manchester United menentang Arsenal dan memenangi perlawanan tersebut dengan skor 3 berbalas 1.
Manchester United hari ini mengalahkan Arsenal dengan jaringan sebanyak 3 berbalas 1 di stadium Emirates, membolehkan mereka berada di tangga teratas liga, dengan satu mata dihadapan Chelsea.
Jaringan pertama untuk Manchester United dilakukan pada minit ke 33 oleh Nani, dan pada minit ke-37 gol kedua dijaringkan oleh Wayne Rooney daripada serangan balas Manchester United ke atas Arsenal. Pada suku masa pertama, Arsenal ketinggalan 2 gol, dan lebih mendukacitakan apabila Park Ji-Sung menjaringkan gol ketiga pada babak kedua perlawanan tersebut.

Arsenal Tewas Pada Manchester United [via]
Walaubagaimanapun, Thomas Vermaelen menjaringkan gol untuk Arsenal pada minit ke-80, namun ianya agak terlewat untuk Arsenal mengejar lawan yang mana dua jaringan lagi dihadapan pada ketika itu. Sebelum ini, Arsenal turut tewas 3 gol berbalas 0 ketika bertemu dengan Chelsea pada penghujung bulan November.
Pemain penyerang England, Wayne Rooney, hari ini telah pun menjaringkan gol beliau yang ke-100 ketika perlawanan menentang Arsenal. Gol pada minit ke-37 ini menjadikan gol Rooney yang ke-100 sepanjang beliau menceburi kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak. Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun ini pernah menjaringkan sebanyak lebih 15 gol ketika bermain untuk Everton. Buat masa ketika artikel ini ditulis, Manchester United sedang mendahului Arsenal dengan 3 berbalas 0.
Manchester City mendapatkan mata penuh sebanyak tiga apabila berjaya menewaskan Portsmouth dengan jaringan 2 berbalas sifar. Menariknya, gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Emmanuel Adebayor, yang mana merupakan gol pertama beliau sejak daripada serangan di Angola yang amat menakutkan sebelum ini. Adebayor menjaringkan gol pertama pada minit ke-40, dan diikuti oleh Vincent Kompany pada minit ke-45, membolehkan Manchester City memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0.

Gol Daripada Vincent Kompany Membolehkan Manchester City Memenangi Portsmouth dengan 2-0 [via]
Walaubagaimanapun, pada separuh masa kedua, Portsmouth berusaha gigih, namun begitu mereka gagal menyamakan kedudukan, mahupun mendapatkan sebarangan jaringan. Kini, Manchester City menduduki tangga ke-6 pada kedudukan liga.
Barcelona bersama-sama beberapa kelab lain telah pun menyatakan hasrat yang mana masing-masing berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic. Menariknya, hari ini, Manchester United telah pun memaklumkan harga jualan Vidic kepada Barcelona iaitu sebanyak £18 juta. Buat masa ini, masih tiada jawapan rasmi daripada pihak Barcelona berkaitan dengan pembelian ini.
Selain daripada Barcelona, Real Madrid dan AC Milan juga dikatakan sedang cuba untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester United ini.

